Tuesday, February 23, 2010

Apa itu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)?

Assalammualaikum...........

Adakah anda tau ape itu ICT ? Jeng....jeng....jeng....
Teknologi maklumat (IT) iaitu yang mewakili komputer masa kini mampu memasukkan, memaparkan
dan menghasilkan maklumat yang berguna kepada penggunanya dengan cepat, tepat dan terkini
melalui rangkaian internet seluruh dunia. Komputer dahulu tidak boleh menjadi teknologi
maklumat kerana tidak mempunyai capaian maklumat yang ada seperti masa kini. Manakala
teknologi komunikasi pula adalah teknologi dalam perhubungan berwayar dan tanpa wayar
untuk mememudahkan komunikasi berlaku antara pengguna dengan pengguna yang lain dengan
pantas dan mudah di seluruh dunia. Contohnya: chat, facebook, twitter. my space dan sebagainya.

Bidang ICT ini juga mampu memberi peluang pekerjaan yang pelbagai kepada yang menceburinya.
Terdapat bidang seperti jurutera komputer dan pereka bentuk multimedia. Selain itu ICT juga
merangkumi kejuruteraan perisian dan sistem iaitu elektronik, multimedia,kepintaran buatan,
rangkaian, sistem maklumat pengurusan dan sebagainya.

p/s: Anda boleh menceburi bidang ini terutamanya dalam perniagaan yang menjanjikan
peluang yang cerah tetapi anda perlu memiliki kemahiran dalam bidang multimedia dan
kejuruteraan.

sumber:http://arunals.wordpress.om/category/dunia-akhirat/komputer-internet

No comments:

Related Posts with Thumbnails