Wednesday, March 31, 2010

Dunia Online

Salam.

"Zaman dah berubah, dunia dah maju". Pernahkah anda mendengar tangline ini??? Pada zaman siber sekarang ni, pelbagai benda boleh dibuat dengan hanya online saje. Semuanya hanya dihujung jari anda. Kini perkhidmatan online telah diperluaskan seperti online banking, online games, radio , movie dan sebagainya. Selain itu, di online ini juga terdapat perkhidmatan menjual beli barangan yang di panggil e-dagang. Bermula disini orang ramai boleh membeli dirumah atau ditempat perniagaan. Barangan yang dijual akan dipamerkan dalam bentuk grafik .Ini memudahkan orang ramai terutamanya orang yang berkerjaya. Perniagaan e-dagang ini adalah kemudahan online yang cepat, mudah dan menjimatkan kos. E-dagang atau perdagangan elektronik diwujudkan untuk menyelesaikan masalah jarak dan waktu. Melalui teknik ini peniaga dan pembeli dapat berinteraksi di alam maya. Di alam Internet , peniaga-peniaga boleh mendirikan kedai-kedai maya mereka yang dapat mempamer dan mempromosikan barangan jualan mereka. Contohnya, seorang penjual barangan kraftangan di Kelantan boleh memasarkan barangannya melalui Internet dengan membina tapak webnya sendiri yang membolehkan seorang pembeli dari negara Jepun membuat tempahan. Melalui E-dagang , pembeli ini boleh membuat bayaran menggunakan wang elektronik , kad kredit, bank maya atau mengepos terus cek kepada penjual tersebut.

Ramai yang masih ragu-ragu akan keselamatan dan kebolehpercayaan E-dagang terutama penggunaan nombor kad kredit yang ada kemungkinan boleh dipintas dan disalin oleh penceroboh (hackers) yang berniat jahat. Tetapi dengan adanya beberapa ciri keselamatan seperti enkripsi, pensijilan digital, tandatangan digital, wang digital dan lain-lain piawaian keselamatan seperti SET (Secure Electronic Transaction) yang dibangunkan oleh VISA dan MasterCard dan SSL (Secure Socket Level) yang dibangunkan oleh Netscape dapat dilindungi.

Sumber: http://hanizanshaker.tripod.com/internet.htm

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang e-dagang ini sila layari:
  1. www.wwwstudio.com.my/ms/perkhidmatan/e-dagang
  2. http://www.dagangnet.com/
  3. www.malaysia.gov.my/BM/.../Pages/BusinessAndEBusiness.aspx


No comments:

Related Posts with Thumbnails