Saturday, January 30, 2010

::1 MALAYSIA::

SALAM SEMUA!!!!

Hari ni 30hb aku pergi menghadiri seminar 1MALAYSIA di AKADEMI KENEGARAAN...
Kt cini aku nak terangkan apa itu konsep 1 MALAYSIA!!!
1MALAYSIA adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat malaysia. ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan barisan nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan yang sedia ada.

Aspek utama :
  • Penerapan teras-teras perpaduan
  • penerapan nilai-nilai aspirasi
Teras-teras perpaduan:
  1. Penerimaan
  2. Prinsip-prinsip kenegaraan yang berasakan:
  • perlembagaan persekutuan
  • rukun negara
3. Keadilan sosial

Friday, January 29, 2010

lawak gila.....

lawak tak????????

-bunuh setan-

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri menceritakan apa
yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.'Abang,
abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh
kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang
betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti
membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan'. Kata si suami 'yerr kerr?'
Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayanggg?
sambil ketawa.. Isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian,
si isteri berkata: 'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
Si suami tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian,
si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
'takpe...tunggulah malam'.
Esoknya si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan...bang' .
Si suami diam sambil mengangguk lemah.
Esoknya si isteri berkata
'banggg, jom kita bunuh syaitan... '.
Si suami tiba - tiba marah dan berkata ...........
'Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang

hik 3.......

moral of the story : bawak 2lah byk bersabar.....

KELAKAR TAK?????

Cucu & Atok

"Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?" Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan.
Atuk: "Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar??? Besar nak jadi apa???" (Atok marah tahap tertinggi)

Cucu: "Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain."

Atuk: "Tak sama apanyerr???"

Cucu: "Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?"

Atuk: "?...?...?...?...?...?"

Kah... kah.... kah....

p/s: beradablah bila bercakap dengan orang yang lebih tua....

#COMPUTER#

Apa itu Komputer...?

Komputer merupakan satu mesin yang menerima data (input) dan kemudiannya menprosesnya menjadi maklumat berguna untuk disimpan dalam storan sekunder untuk kegunaan masa hadapan atau dikeluarkan melalui printer dan sebagainya.(output)..... tapi tak boleh mengatasi keupayaan otak kita...

Tahu tak???? Komputer sebenarnya berasal dari bahasa latin iaitu
computare yang bermakna menghitung kerana luasnya bidang garapan ilmu komputer, para pakar dan peneliti sedikit berbeza dalammendefinasikan termininologi komputer..



Komputer riba



Gambar-gambar ini adalah komputer masa depan.....

Kelas-kelas komputer:
  • Komputer Mikro (Micro Computer)
  • Komputer Mini (Mini Computer)
  • Kerangka Utama (Mainframe)
  • Komputer Super (Super Computer)

Wednesday, January 27, 2010

pilihan raya

Hai berjumpa kembali........

Hari ini 28 Januari 2010 adalh hari PILIHAN RAYA bagi Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM)
First time dapat merasa pilihan raya kampus. Suasananya memang cukup meriah.

Sunday, January 24, 2010

TEKNOLOGI MAKLUMAT



Selamat Bertemu Kembali!!!!

Apa itu teknologi maklumat(IT)???

Teknologi maklumat atau IT adalah semua jenis perkakasan dan program yang digunakan dalam memproses, menyimpan,dan memindahkan maklumat dalam bentuk elektronik.

Antara contoh IT:
  • Komputer
  • Program komputerseperti perisian, pemprosesan data(Microsoft Word)
  • Cakera padat untuk menyimpan data
  • Mesin faks
  • Telefon
IT digunakan untuk:
  • Mempersembahkan maklumat
  • Mengendalikan maklumat
  • Komunikasi data
Kompenan IT:
  • Perkakasan
  • Perisian
  • Komunikasi
(sumber:Teknologi maklumat sistem komputer dan perisian)

p/s: IT pada masa kini penting dalam meningkatkan status ekonomi dan tanpa IT
adalah sukar bagi negara-negara bersaing dalam ekonomi global.

Saturday, January 23, 2010

~Minggu Memenatkan~

Salam semua...

Sudah lama rasanya kita tak mengarang...
Minggu ni kita sangat sibuk tau....
Kita sibuk dengan KELAB , SRM...
Hari ni pulak kita sibuk dengan larian 1 Malaysia tau...
Macam nak tercabut kaki rasa...
Penat hanya tuhan saja yang tahu....
Dalam berebut-rebut nak minum air milo ais
kita dapat 2 cawan .....
Segar tekak....
Alahai bila kita nk study ni??????


Sayonara,
ekin.

Saturday, January 16, 2010

..:SELAMAT HARI LAHIR KE-21:..


~PUITIS HARI LAHIR~

AwAN Berarak Ceria

Tiada Titis Hujan

Pohon Melambai-lambai

Tanda Sokongan

Bertemankan Senyuman

Di HARI LAHIRKU....

Dedaun Berguguran

Menitikan Kedewasaan

Walau Tanpa Mata Dan Hati

Namun Cukup Untuk Ku.....

Segar Dengan Ucapan

SELAMAT HARI LAHIR

Dengan Iringan Doa Dihulurkan..

Bersyukur Kepada-Nya..

Atas Nikmat Usia

Usia Mu Ibarat Mutiara

Tiada Berganti Lagi

Hiaskan Iman Bersulam Taqwa

Agar Sempat Mengucup

Haruman Syurgawi...........




Nukilan,
ekin


Thursday, January 14, 2010

SEJARAH ICT

Salam semua...

Korang tau tak tentang sejarah teknologi maklumat??????
Aku pun tak tau sebenarnya.....
Emmm.. nk cerita ape ye tentang ict ni???
Korang tau tak, istilah teknologi maklumat ni muncul pada sekitar dekad 1970.
Bagaimanapun, konsep yang asas boleh dikesani jauh lebih lama lagi...
Pada abad ke-20, pihak tentera telah berikat dengan berbagai- bagai industri
untuk membangunkan elektrik, komputer dan teori maklumat.

Kat sini aku senaraikan 4 generasi komputer yang telah berkembang:
  1. Genarasi pertama- guna tiub vakum
  2. Genarasi kedua- guna transistor
  3. Genarasi ketiga- guna litar bersepadu
  4. Genarasi keempat (terkini)- penyepaduan skala sangat besar(VLSI)
Oklah, sampai di sini saja pengetahuan tentang sejarah ICT...

Sayonara,
Asikim

p/s: Komputer komersial pertama ialah UNIVASI yang telah direka
bentuk oleh J.Presper Eckert dan John Mauchly...

Saturday, January 9, 2010

.:BISIKAN MALAM:.



Ya ALLAH

Ku memohon kepada mu..
Berilah Ku KEKUATAN
Berilah Ku KETABAHAN
Dalam mengharungi onak duri KEHIDUPAN
Ku anggap KEGAGALAN
Bukan suatu KEKALAHAN
Tetapi adalah suatu KEJAYAAN
Untuk hari ESOK....

Berilah Ku sejenak KESEMPATAN
Untuk ku ulang kembali
Langkah PERTAMA....
MENYEDARKAN Ku
Insan memerlukan -Mu
Oh TUHAN....


Nukilan by,
ekin



Dana Korporat

SALAM SEMUA........

Hari ni hari yang memenatkan ....
Yelah hari ni adalah hari pertama ...
Jaga Dana... (dana korporat)
Dari kul 2 hingga pukul 6 petang.....
Dengan perut lapar...
Tapi itulah dugaan yang perlu ditempuhi....

Salam manis,
ekin

Wednesday, January 6, 2010

..:MANDARIN CLASS:..

Ni hao ma???

Wo hen hao.... Malam ni adalah malam permulaan bagi kelas mandarin...
Tau tak ape maksud pertanyaan tadi??? Maksudnya ialah ape khabar??
dan jawapannya khabar baik.... Hari ni aku belajar direction.
Senang jugalah perkataan yang diajar pada malam ini. Contohnya, kalau
timur - dong, barat - xi, utara - bei, dan selatan - nan. Ini baru cuma asas je tau..
Belum lagi yang complicated..

Wan an (good night)

p/s: Tuntutlah Ilmu walau ke Negeri China...

Tuesday, January 5, 2010

ULANG TAHUN YANG KE 25

SELAMAT HARI LAHIR!!!!!!

Hari ni 05 Januari 2010 merupakan hari lahir kakak aku yang ke 25 tahun...
Eemm....... x dapat nak meraikan bersama-sama dengan my family.....
Aku tengah menghitung hari... (12 hari lagi)
Ialah kami ni kembar bulan ...
Selalunya, kami akan buat kek sendiri ataupun beli je...
Tapi.....
Sekarang ni kita orang dah berjauhan....
Jadi sambut sendiri-sendiri je..... (sedihla plk)

Kak Ilah ckim nak ucapkan HAPPY BIRTHDAY to you
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.....

Sayonara,
Adikmu.

P/s: Hari jadi aku 17 hb ni tau....
Jangan lupa...... MANA HADIAH!!!!!

Bulan Kelahiran

Kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.(Bln januari dulu)

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi


P/S: Ade ke sikap-sikap ini pada orang yang lahir bulan 1 ni??????????

Termasukla orang yg bertanya 2....... Heheheheh.....







Monday, January 4, 2010

-kesempurnaan-

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,

Jika diri tak seindah SULAIMAN,

Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,

Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,

Tak perlu menjadi seteguh IBRAHIM,

Jika tak sekuat SARAH,

Mengapa didamba teman seistimewa KHADIJAH,

Jika diri tak sempurna RASULULLAH SAW.

Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat,
Tak guna ada hati kalau tak tau menilai.....

-BaCk TO ScHOoL-


Hai adik-adik.....

Bagaimana dengan permulaan sesi persekolahan bagi sesi 2010 ni??
Walau bagaimanapun, dengan tahun baru ni dan azam baru kita perlu
bersemangat dalam mengharungi liku-liku alam persekolahan yang kita tempuhi..
Selepas tamat waktu kuliah tadi, saya berkesempatan pergi ke library sementara
menunggu kuliah BIUSS. Apa lagi, layan surat khabarla .... Ape cerita yang menarik
ialah hari ini adalah hari permulaan sesi persekolahan .. (kecuali Kedah, Kelantan, dan
Terengganu ). Macam-macam ragam murid- murid terutamanya murid tahun 1.
Yelah macam-macam perasaan yang ada takut, sedih ,malu.... Teringat pula saya
masa zaman sekolah dulu, dimana mak seorang budak ni terpaksa menemani anaknye
sampai habis waktu sekolah.... Ia berlarutan dalam 2 3 bulanlah... Besarnye
pengorbanan ibu bapa kitakan.
Baiklah sampai disini saja coretan yang ingin di kongsi sekadar untuk tatapan semua.....

Salam Ukhuwah,
Nor Asikim

P/s: Jangan engkau kecilkan cita-cita engkau,kerana cita-cita yang kecil bukan penyebab seseorang mundur dalam gerak langkah perjalanan hidupnya menuju kejayaan ,kecuali cita-cita atau hemah yang kecil.

Sunday, January 3, 2010

Siapalah aku...

Assalammualaikum....w.b.t

Salam kepada followers yg setia mengikut perkmbgan diri ini....
Bagi sesi pembuka bicara aku pekenalkan nama ku Nor Asikim .
Aku dilahirkan di Pekan Pahang. (Tmpat Datuk Najib, PM kita....)
Serasa, cepatnye mse berlalu, kini aq mendpt tmpat di hati UKM.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi..... kerana dalm sejarah keluarga ku
aku adalah....insan yg first msuk u..... Wa caya sama lu......
Ini bkn brmkna abg n kakak ku tdk mndapt tmpat ttp krn kekangan
kewangan...
Ceh sedihla plk..... Oleh itu slpas shj abis STPM, aku memohn kerja....
Dripada c2la.....aku kumpul duit setiap bulan dismpng memeperuntkkn
sdkit duit kpd my parent....
Em... skang ni sem yang ke-2.. alhamdulillah Allah msih pnjagkan umurku
n syukur aq mndpt results yg baik.... dan akan memberi yg lebih baik pde sem ini...
Ape2 pun thnks a lot to mak ayah dan keluarga kerana x jemu2 memberi sokongan
n dorongan.... yalah duk jauh, mane pernah berpisah kan.... RINDUNYE
(bkn anak mak)hehehheh.....
Hope you all enjoy melayari blog LUAHAN KALBU (ceh mcm gmpk je...)
n anda semua blh meluahkn(komen ye..) ape yg terbuku dlm
isi hati anda...



Salam manis,
Nor Asikim

p/s: Tingkah laku diri mencerminkan peribadi lebih daripada apa yang kita katakn ttg diri sendiri.
Related Posts with Thumbnails